My Cusor

Khamis, 24 April 2014

Detik 11 / 3 / 2014


... Ayah ...



Ayah batuk batuk. Malam tu ayah batuk berdarah. Mak bawa ayah pergi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Adik ngan akak tak ikut. Ayah suruh tinggal rumah dengan tok mak. Ayah kena tahan wad. Malam tu ayah call. Ayah cakap esok ayah balik. Adik ngan akak dah happy sebab ayah kata ayah balik esok. Esok pagi sebelum adik gi sekolah, adik call mak. Mak kata ayah baring. Adik taknak kejut ayah. Pada hari tu, adik terbayang ayah. Tengahari tu adik balik sekolah. Adik mesej ayah. Ayah tak balas. Selalunya kalau adik mesej, mesti ayah balas. Adik fikir ayah takde kredit or tidur. Mamina datang rumah. Mamina nangis nangis. Mamina gigil gigil. Masa tu fikiran adik jadi serabut. Adik tertanya tanya. Ayah kenapa? Mamina tak dapat jawab. Akak balik dari sekolah dengan abang alek. Adik tanya abang lek, ayah kenapa. Abang lek kata dia tak tahu. Mak cik maria datang. Mak cik maria pegang tangan adik ngan akak. MAk cik maria kata adik ngan akak kena banyak sabar. MAk cik maria kata ayah dah pergi buat selamanya. Adik terduduk dengar kata kata mak cik maria. Ya allah.. Hanya allah je yang tahu ape yang adik rasa masa tu ayah.. Insan yang adik sayang selama ni pergi meninggalkan adik buat selamanya. Ayah.. Kenapa ayah tinggalkan adik.. Adik sayang ayah. Kan adik pernah cakap dulu, kalau boleh adik nak pergi dulu sebelum ayah. Ayah.. senangnya ayah meninggal. Ayah batuk tak sampai tiga bulan, ayah terus pergi. Senangnye urusan ayah. Bapa sedara ayah sendiri yang uruskan jenazah ayah. Ayah, ramainya orang datang nak melawat ayah. Ramainya kawan kawan ayah datang. Ramainya pekerja pekerja ayah datang. Ramainya bos ayah datang. Semua menangis kehilangan ayah. Ayah, sesaknya rumah kita dengan orang. Jenazah ayah sampai rumah pukul 10 lebih malam. Masa jenazah ayah sampai.. Allah kuatkan hati adik. Adik dah tak boleh nangis. Sesaknya rumah kite. Mak masuk rumah terus peluk adik ngan akak. Ayah, masa orang bukak kain kapan tu. Adik tengok ayah. Adik rasa tenang sangat tengok wajah ayah dengan air sembahyang. Ayah senyum. Muka ayah senyum. Pipi ayah masih lembap dengan air. Mata ayah dah tertutup rapat. Adik peluk ayah. Itu kali terakhir adik dapat peluk ayah. Adik cium ayah. Tu ciuman terakhir dari adik untuk ayah. Ayah. Diorang  tutup kain kapan ayah. Sebaknya sekujur badan depan adik adalah ayah adik sendiri. Lepasni adik dah tak boleh dengar gelak tawa ayah. Ayah , ramainya yang sembahyangkan ayah. Sedara mara kita ramai yang sembahyangkan ayah. Diorang masukkan ayah dalam keranda. Kenderaan tu akan bawa ayah ke syurga. Kat kubur,, ramainya orang nak tengok ayah di kebumikan. Tengah malam pun ramai yang sanggup datang. Rezeki ayah sebab ayah baik ngan semua orang seumur hidup ayah.

Ayah.. cepatnya ayah tinggalkan adik. Adik tak dapat mengadap ayah masa ayah hembuskan nafas terakhir ayah. Ayah dah tenang kat sana. Urusan ayah pun senang. Ayah. Adik sentiasa doakan ayah. Ayah sentiasa dalam ingatan adik , mak ngan kakak. Lepas ni dah takde orang nak riuhkan rumah. Rumah kita jadi sunyi.Selalunya kalau adik balik sekolah, ayah mesti ada. Selalu kalau adik ngan akak muka serius, mesti ayah ade buat lawak sampai kiteorang ketawa. Adik ngan akak selalu gurau gurau ngan ayah. 

Ayah.. semoga ayah tenang disana. Ayah dah jumpa arwah nenek ngan atok. Ayah dah jumpa arwah mak ngah. Ayah tunggu adik kat sana k. Nanti adik datang follow ayah. Ayah tunggu adik taw.Doa dari adik sentiasa mengiringi ayah. Adik janji adik tunaikan permintaan ayah. Adik ingat semua peanan ayah. Adik akan jaga mak ngan kakak. Wallahualam. 


      Al - Fatihah Allahyarham Sulaiman Bin Salleh 



...Adik Sentiasa Sayangkan Ayah...

Hai Comeyy !! NAk Buat Apa tu???