My Cusor

Ahad, 24 Mac 2013

Fakta Anak Kedua !

Halo all ! sapa anak kedua dalam family dia..? Meyh senyum sikit ! Nak bagi fakta anak kedua ni ! 

Dalam keluarga ada dua adik beradik je . Saya lah yang last .
Selalu di panggil "ADIK" hihik . Comel rite :*


adik kepada anak sulung. Mak yang melahirkannya. Ada mata, ada tangan, ada mulut, ada hidung, ada telinga dan sebagainya.


Kadang kadang terasa macam stranger dalam rumah sendiri. bila dia dah marah memang garang oh.

selalu jadi "kaki report" dekat parents .

degil, kepala batu, sukar menerima teguran dari seseorang yang tidak dikenali ! :)

mesti orang cakap anak mak :3 aku lebih suka mak aku sayangkan aku :3 dia ambil kisah terhadap aku :D ko ada ke?

Dia bukan anak ibu atau anak ayah. Dia kadang kala makan hati sebab forever alone. Tiada kawan, cuma Allah di hati. Ewah!

pemalas, sensetive, love to hide their tears. paling bijak in siblings. Kalau marah emo gila .

Handsome dan Cantik. Amboi. :)suka membuli adik-adik.


selalu kena Buli dek anak sulung.selalu dibandingkan kcerdikan dgn abang sulung.selalu & sentiasa disayang.nama pon 'anak'


malas nak kecoh kecoh dengan adik beradik pasal hal yang remeh temeh. Tapi akan memberontak bila keadaan memaksa !


garang, tegas, jangan kacau kalau nak hidup lama. Lol


Suka shopping. Manja. Sweet. Caring. Tak suka diabaikan. Selalu nak dibelai. Kuat merajuk. Sentiasa hargai org sekeliling.


pemalu , tegas , tak suka di bebel , penyabar , penyayang , bila hilang sabar rumah rumah sekali terbalik kot :) x

Selalu dengki kalau mak ayah lebihkan yg sulung. Apa sulung dpt,dia pun nak jugak

Lagi garang dari yg pertama. Biasa adek2 lg takut yg kedua dari pertama

Lebih Berani dan Tak Takut , And Dia Keras kepala :)

Rajin tolong ibu bapa, tak menyusahkan ibu bapa. Sentiasa menyenangkan hati ibu bapa. Senang berkawan.

adalah anak tengah yang akan selalu cepat mengalah sebab rasa terpinggir dalam keluarga dan suka hidup berdikari sendiri :')

selalu bergaduh dengan anak pertama kerana dia dilahirkan selepas anak pertama.

hati kental. Suka pendam. Suka berangan. Sedikit poyo dan gedik. Sentiasa comel. Tak muda dan tak tua. Sedang-sedang gitu :P

tolong gelak bila tengok anak sulong dengan anak bongsu gaduh . Hahaha .

Like me . Cool , dah pandai berdikari, susah nak luahkan perasaan kt orang yang kita suka and last benci lipas.

Anak no dua ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja degan orang.

Rajin dan Malasnya mengikut moodnya selalu berubah kalau moodnya rajin teramatlah rajin kalau moodnya malas teramatlah malas dan mereka tetap comel :D

Bila dia cakap dia sayang seorang tu..dia betul2 maksud kan nya :)

Seorang yg sgt ceria walaupun dia ada masalah yg besar..

Tak suka bila ada org lain masuk bilik dia tanpa kebenaran. Tu masuk tak ketuk pintu. Tu dah masuk tak reti nak tutup pintu

Kalau mengamuk, kadang2 suka hempas barang. Nak tunjuk yg dia marah katanya. Benda ni anak kedua selalu buat kahkahkah.

Tak suka brg peribadi dia dikongsi dgn adik beradik lain ! Pada dia, barang dia, hanya utk dia sorang je. Takde siapa kacau.


Ramai kawan yang gila gila. Tak pernah cakap pasal perasaan dengan family and terpaksa pendam sensorang.


Bila dgn org lain, dia paling malu kalau boleh smpi nak sorok muka dalam baju. Tp bila dgn membe, dia paling kecoh :D

Buli adik. Bila mak/ayah tanya ckp "takde apa". Lepas tu ugut adik "Jgn bg tahu dkt mak/ayah. Bagi tau, siap kau". Hahaha :D

Selalu nye lebih comell dari yg first atau bongsu. Sebb first dapat baka bnyk sngt. Bongsu skit sngt.

Selalunya anak kedua suka ikut abang atau akak dia yang atas dia. Dia manja dengan mama dan ayah dia.Awesome.

Nampak happy. Seorang yg ceria. Tp hatinya tetap mudah terguris. Kalau kata disakiti sampai bila dia ingat siapa sakitinya

Open minded. Sporting. Aktif. Senang bergaul. Dia pandai buat orang tersenyum dengan perangainya yang kelakar.

Selalunya dapat apa yang dia nak sampai merajuk bagai. adik beradik yang lain pun jelous. kan kan?

Bila dia sedih mesti dia pendam. Bila dia jumpa kawan dia, dia paling happy. Hanya kawan dia buat happy.

Pemaaf tapi susah nak melupakan kesalahan seseorang..salah sikit..mesti kena ungkit salah lama ! :)

Mereka ni paling handsome/cantik antara adik beradik yang lain,Eh :p

baik dengan ayah. Mintak apa-apa dekat ayah semua dapat :)

gedik + manja + keras kepala tahap dewa daripada adik beradik lain dan cepat sentap kalau tak dapat apa yg kita nak :3

tak gila kuasa macam anak sulung. Semua benda anak sulung ingat dia boleh buat. Ambek lah kuasa ! Anak kedua rilek je :D

Dorg ni pelik sikit, kalau marah suka main baling2 barang. Mmg kuat merajuk, Tpi COMEL sgt bila merajuk,

rasa tak berat sangat tanggungjawab sebagai anak kedua. Sebab tanggungjawab anak sulung ambek. Biar dia bertanggungjawab :D

para ibu tak teruja semasa mengandungkannya berbanding anak pertama xD

Kalau tahap kesabaran dah hilang, mengamuk macam orang gila, lebih suka baling barang bila marah. Haa

kebanyaknnya bila depan jea lemah lembut, belakang panas baran, bila marah x ingad dunia, like me :3

selalu nak lebih daripada anak bongsu dengan adik bawah. Tak kira. Kalau tak dapat, mula radang taknak cakap. *hempas brg*

selalu bergusti dengan adik bawah dan selalu bergaduh bab makanan, pakaian, dan duit ! SELALU OK. Taknak kalah

anak yang tersangat boleh diharap.

mulut cakap tak sayang adik. Tapi bila adik ada masalah, dia yang datang protect"

pendek, suara macam cartoon, jerit macam petir, kuat touching

Someone yang sangat tabah, and dia boleh hidup even dia takde tempat bergantung sekali pun.

Anak kedua ni jugak nampak je keras . Tapi hati dia lembut . SATU lagi perangai dia , dia tak boleh ditegur .

Kuat merajuk tapi tak boleh merajuk lelama.Nanti rindu.Kuat cemburu.Tapi cemburu kena pada tempatnya. ^^

mempunyai perangai pelik-2 berbanding adik-beradik lain .


Apa Apa pun , tiada anak sulung , tiadalah anak kedua ! maka hormatilah anak sulung sebagai kakak / abang



Kita memang anak kedua dalam keluarga dan dia pertama . Kita takda adik beradik lain . Kita rapat sangat dengan dia. Tak boleh berenggang. Mak ayah selalu cakap , jangan selalu gaduh , nanti kalau mak ayah dah takda, tinggal kami berdua je .. Kita sayang dia ! ...Muahh ....!







Jumaat, 22 Mac 2013

AwAk KiTa MiNtAk MaAf ( -_- )




2 tahun kita kawan. Awak ingat tak first time kita kenal..? Awak add kita jadi friendlist awak  dalam facebook. Awak selalu hantar chat kat kita. Kita pun tak bosan layan awak. sampai satu hari , awak ajak kita kaple. Kita tolak . Kita cakap dengan awak , kita nak jumpa awak dulu. Bila awak ajak kita jumpa, kita banyak bagi alasan. Bukan kita taknak jumpa awak , tapi mungkin bukan masa yang sesuai. Awak kata tak pe kalau kita tak nak jumpa awak , tapi awak janji tetap nak jumpa kita satu hari nanti. Bila dengar awak cakap gitu , kita buat bodo je. Awak cakap walau macam mana pun , awak tetap akan jumpa kita lepas SPM awak nanti. Kita cabar awak . Kita selalu balas balas komen dalam facebook. Kawan - kawan awak fikir saya makwe awak . saya pun tahu , awak cakap dengan kawan - kawan awak yang saya ni makwe awak kan ? Kita tak kisah pun lah . Lagipun kita tahu awak ni sebenarnya baik . Awak selalu panggil saya 'CAYUNK'. Kita happy sangat tau .  Lepastu , 3 bulan awak menghilang . saya dah mula fikir bukan bukan . Kita fikir awak tipu kita. Kita fikir awak saja nak game kita. Kita marah sangat kat awak. Tapi kenapa.? Kita dah mula suka kat awak ke..? Kita confused. Kita tunggu awak datang balik . Tapi awak tak datang pun . Awak tak muncul pun. Lama dah kita tak chat dengan awak . ( T_T ) .  Kita menunggu awak. Awak tipu kita ke..? Kita marah kat awak tahu tak ..? Kita pun tak tahu kenapa, kita boleh curang pulak kat awak. Kita kaple dengan orang lain. sebab kita fikir kita tak perlu tunggu awak lagi . Jahatkan kita...? Kejam tak..? Tapi kita kaple dengan dia tak lama. Lepas kita putus , awak mula muncul balik dalam hidup kita. Kita tak tahu awak tahu ke tak yang kita ni kapel dengan orang lain masa awak menghilang dulu. Kita minta maaf dekat awak, mungkin awak tak tahu maksud kita mintak maaf, kita tak bagitahu pun apa salah kita. Kita taknak bagitahu awak.  Jahat kan kita. Kita baru tahu yang awak menghilang dulu sebab  awak nak fokus SPM  awak. Kenapa kita tak fikir pasal tu kan..? Bodohnya kita. Kita taknak awak kecik hati dengan kita, kita cakap dengan awak "Jangan Panggil Saya Cayunk Lagi Pliss, saya dah kapel dengan orang lain". Kita tahu mesti awak sakit hati sangat kan.? Even kita dah putus, kita tetap mengaku kat awak yang kita dah kapel. sebab kita tak tahu nak eplain macam mana kat awak. Kita takut . Kita tak tahu nak cakap macam mana kat awak. Then , satu hari , awak tanya kita, "...dah Beli Buku ekolah...." Kita jawab "...dah..." . Kita ok lagi . Tapi kita rase pelik sikit bila awak cakap "... Tak Gi ekolah Ke Arini ..? Ohh ! Lupa..! Arini kan Cikgu Meeting..."  Kita rasa pelik sangat , macam mana awak tahu tentang sekolah saya, so kita tanya lah awak ., Awak cakap awak kerja kat kantin sekolah kita sementara menunggu result SPM awak. Terkejut lah juga. Hari - hari saya tegur awak. Happy sangat kowt. ( ^,^ )  Kita rapat sangat kat sekolah. Kawan kawan kita ramai yang jelous. ! (o Q ) Awak ingat tak masa birthday awak..? Tepat pukul 12, kita call awaq, kita otp dengan awak, Kita wish birthday awak. Kita dengar sore awak happy sangat. Kita bagi awak hadiah CAP warna hitam. Saya harap awak suka. Kita rapat tak lama. Kebelakangan ni , awak tak layan kita. Kita tak tahu ape puncanya. Kita tanya awak. Awak cakap awak malu. Ade orang ejek awak  suka kita. Kita pun tak tahu sapa. Awak marah kita. Kita tak tahu apa puncanya. Awak kata sejak awak berkawan dengan kita, awak dapat banyak masalah. Kita sedih sangat dengar ucapan dari awak tu. Kita sedih awak tau tak.? Kita terus cakap dengan awak, kita nak putus kawan dengan awak sebab kita taknak tambahkan lagi masalah awak. Kita tak tahu apa yang kita buat sampai awak marah sangat kat kita. Awak terus mendiam. sampai sekarang , awak tak tegur kita pun . Kita selalu tengok awak, awak langsung tak hiraukan, Kita mesej awak, awak block fb kita. Erm., sampai arini, maybe ari last awak bekerja kat sini. Lepasni awak dah tak kerje kowt. Maybe..? Kita taknak dah susahkan awak. Kita dah berhenti berharap dengan awak. Last mesej dari kita " andai hari esok,saya tiada lagi,maafkanlah kesalahan diri ini, dan satu perkara yang perlu awak tahu, saya gembira berpeluang mengenali orang seperti AWAK."  







Hai Comeyy !! NAk Buat Apa tu???